Wednesday 14 December 2011

KEWUJUDAN CIPTAAN ALLAH BUKTI KEKUASAAN ALLAH

TEST
http://www.youtube.com/watch?v=xyseKmGtoyI
MODUL PEMBELAJARAN "MEMANFAATKAN ANUGERAH ALLAH"

Anda bolehlah mengunakan modul ini sebagai menarik perhatian pelajar dalam memahami dan menghayati anugerah ALLAH..

pertama: mengunakan video "bukalah matamu" nyanyian Maher Zain.
arahan:
1) meminta semua pelajar mengeluarkan pen
2) meminta semua pelajar memejam mata selama 3minit
3) guru membuka video tersebut.
4) guru meminta para pelajar menulis apa perkataan yang didengari mereka melalui lagu tersebut.
5) kemudia meminta pelajar membuka mata dan menulis apa yang dia lihat berdasarkan video tersebut.
6) akhir sekali guru membuat kesimpulan.

objektif modul ialah:
- pelajar dapat mengetahui fungsi pancarindera yang Allah bagi kepada mereka.
-menyedarkan para pelajar akan pentingnya anugerah Allah.
TEST

Manfaatkan Anugerah Allah

KEFAHAMAN AYAT ( SURAH AL ‘ARAF AYAT 179 )

 

Akal , Hati Dan Pancaindera Nikmat Kurniaan Allah SWT


Maksudnya: 179. dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia Yang mempunyai hati (Tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan Yang mempunyai mata (Tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan Yang mempunyai telinga (Tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang Yang lalai.



Isi-isi penting yang terkandung di dalam ayat


1. Menjelaskan tentang penghuni neraka jahannam  terdiri daripada jin dan manusia                                                                                     
    yang  menyalahgunakan nikmat pancaindera.

2. Menjelaskan kekuasaan dan kebijaksanaan Allah SWT mengurniakan
    empat nikmat besar kepada manusia.

3. Manusia dianggap makhluk yang lalai kerana:-

a)      Manusia dikurniakan hati , mata dan telinga tetapi tidak
menggunakannya dengan baik.
b)      Tidak mahu mengenal Allah sebagai pencipta
c)      Tidak mahu melaksanakan tanggungjawab sebagai
hamba Allah SWT.

4. Manusia tidak menggunakan akal , hati , mata dan telinga dengan jalan
    yang diredhai  dianggap sama seperti binatang bahkan lebih dahsyat lagi.


Fungsi pancaindera yang digunakan dengan cara yang betul.


A)  Akal   -  berfikir tentang sesuatu perkara
-  berfikir tentang kekuasaan Allah SWT
-  berfikir tentang keajaiban ciptaan Allah SWT
-  berfikir tentang cara memanfaatkan ciptaan Allah SWT
-  membezakan antara yang baik dan yang buruk

B)  Hati    -  keinginan untuk mengetahui tentang sesuatu perkara
                 -  memahami maksud keterangan ayat-ayat Allah SWT
                 -  memahami tentang kebaikkan agama Allah SWT
-  memahami kebaikkan suruhan dan larangan Allah SWT

C)  Mata   -  melihat sesuatu yang ada disekeliling kita
                 -  melihat ciptaan-ciptaan Allah yang tiada bandingannya
                 -  memerhati tanda-tanda kekuasaan Allah SWT
-  melihat dan memahami ayat-ayat suci al-Qur’an

D)  Telinga  - mendengar sesuatu bunyi disekeliling kita
                    - mendengar ayat-ayat al-Qur’an
                    - mendengar ajaran-ajaran agama
   - mendengar nasihat-nasihat agama


Penyalahgunaan Fungsi Pancaindera



  1. Mata  - memandang sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah SWT
                         seperti melihat aurat perempuan dan melihat gambar-gambar
                         lucah.

  1. Telinga – mendengar sesuatu perkara yang dilarang oleh Allah SWT
                      seperti mendengar orang mengumpat dan mendengar lagu-
                      lagu yang melalaikan.

  1. Akal – memikirkan sesuatu yang tidak baik  seperti fikir bagaimana
                  cara untuk menyebarkan fitnah atau ajaran sesat.

  1. Hati  - tidak mahu memahami kebenaran hukum-hukum Islam.


Kepentingan Pancaindera



  1. Membuktikan kebenaran dan kekuasaan Allah SWT
  2. Sebagai keistimewaan manusia
  3. Supaya manusia dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai Khalifah
Allah dengan sempurna.
  1. Supaya manusia sentiasa bersyukur dengan nikmat-nikmat tersebut
  2. Dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.


Faktor-Faktor Yang Boleh Menyesatkan Manusia


  1. Iman yang cetek
  2. Tidak mahu mempelajari ilmu-ilmu agama
  3. Tidak mahu mendengar ceramah-ceramah agama
  4. Lebih pentingkan perkara-perkara lain daripada perkara yang berkaitan agama
  5. Terikut-ikut  dengan golongan yang tidak beriman kepada Allah SWT.


Kesan Buruk  Salah Guna Nikmat Pancaindera Anugerah Allah SWT


a) Sanggup melakukan pelbagai jenayah seperti jenayah kolar putih , pengklonan
    manusia.
b) Menghalalkan segala cara untuk mencapai matlamat seperti menindas
    golongan lemah untuk kepentingan sendiri.
c) lalai mengingati Allah SWT kerana memberi tumpuan untuk memenuhi
    kehendak hawa nafsu seperti pangkat , kekayaan dan hiburan.
d) Hidup dalam kesesatan seperti melakukan Syirik dan Khurafat.
e) Tidak dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil seperti
     pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.



PERBANDINGAN ANTARA CIRI AHLI SYURGA DAN AHLI NERAKA

AHLI SYURGA
AHLI NERAKA


1. Melaksanakan rukun Islam dengan
    sempurna.

2. Menjadikan syariat Allah sebagai
    panduan hidup.

3. Mengambil peringatan tentang dosa
    dan takut kepada azab Allah SWT.

4. Yakin terhadap kebesaran dan kekua-
    saan Allah SWT.

5. Sentiasa mengingati Allah dan menye-
    but namaNya.

6. Menggunakan kepandaian dan kema-
    hiran membina tamadun yang hebat
    berasaskan iman dan takwa.




1. Mengabaikan rukun Islam.


2. Mengetepikan syariat Islam.


3. Tidak menerima peringatan dan tidak
    takut kepada azab Allah SWT.

4. Tidak mengambil iktibar daripada
    keunikan ciptaan Allah SWT.

5. Lalai mengingati Allah dan lebih
    mengagungkan makhluk.

6. Menggunakan kepandaian dan kema-
    hiran melakukan kerosakan.







PENGAJARAN AYAT

1.Allah swt mengurniakan nikmat pancaindera untuk kesempurnaan hidup kita.

2. Penyalahgunaan nikmat pancaindera akan mendatangkan musibah.

3. Kita hendaklah sentiasa mensyukuri nikmat pancaindera kurniaan Allah swt.